Thursday, April 1, 2010

Anugerah Allah ....Alessya Sofea

Anugerah Allah .... Alessya Sofea

Masalah pembuangan bayi, masalah penderaan seksual dan penderaan fizikal kanak-kanak semakin berleluasa di negara kita hari ini. Saban hari kita mendengar berita yang sangat menyayat hati dan menyedihkan itu. Masalah ibu tunggal yang ditinggal suami ataupun melahirkan anak tidak sah taraf juga semakin beleluasa.
Baru-baru ini kita mendengar bagaimana seorang ibu kehilangan anak gara-gara dibunuh dan diseksa oleh teman lelakinya sendiri. Sejauh mana tindakan dan peranan kita sebagai masyarakat dalam membendung kes-kes seperti ini. Nampaknya pihak atasan lebih berminat dalam bab pergolakan politik dari membendung gejala yang semakin membimbangkan ini.
Saban hari aku, suami dan teman-teman sekerja asyik membincangkan hal-hal sebegini dengan perasaan marah dan meluat. Jauh di sudut hati berdoa agar semua ini akan selesai segera dan negara akan aman seperti hari-hari kanak-kanakku yang penuh keriangan dan kegembiraan. Aku berdoa agar semua kanak-kanak di dunia ini akan hidup seperti waktu kita dulu-dulu walaupun jauh dari kemewahan dan kemodenan.
Kurniaan Allah hanya Allah saja yang berhak memberi kepada sesiapa hambanya yang dikehendakinya. Bila anak-anak mulai meningkat usia, aku dan suami terasa kerinduan pada tangisan dan kerenah anak kecil. Untuk mendapatkan anak lagi..... adalah mustahil dengan keadaan kesihatanku kini. Maha suci Allah yang tidak pernah jemu mendengar rintihan dari hambaNya..............
Pulang dari outstation hubby memberitahu ada seorang ibu tunggal hendak memberikan anaknya yang berusia 5 tahun kepada sesiapa yang berminat untuk dipelihara. Ya Allah bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Aku melihat suami wajahnya ceria dan aku tanpa memikir apa-apa bersetuju 100% untuk menjadikan kanak-kanak itu sebagai anak peliharaanku. Kami berbincang semula bersama mertua, ibuku, abang kakak disebelah kedua-dua belah pihak dan ibu mertuaku dan ibuku sangat bersetuju demi masa depan anak kecil ini. Ada sedikit rasa tidak setuju di sebelah adik beradik suamiku namun hanya seorang saja dan akhirnya terpaksa dia akur juga dengan kehendak kami. Pada mulanya anak-anakku seakan tidak bersetuju. Si kakak dengan muka masam membantah dan si Adik menangis teresak-esak sehingga tertidur tidak mahu.
Selepas menghantar kakak ke tution kami segera ke rumah pengasuh yang menjaga kanak-kanak itu dan berunding, namun kata pengasuh kanak-kanak itu sehingga kini dia masih belum dapat menghubungi ibu kanak-kanak itu. Rupa-rupanya pengasuh kanak-kanak itu adalah merupakan ibu saudaranya sendiri. Syukurlah bukan orang lain juga. Aku meminta izin untuk membawa kanak-kanak itu ke rumah ku sehingga hujung minggu ini untuk berkenal mesra dengan keluarga kami. Syukur kerana ibu saudaranya membenarkan dan kami berbincang untuk menghubungi ibunya untuk kami pelihara anak ini menjadi anak kami.
Bila pulang dari tution, anakku yang sulung si kakak nampaknya suka dan sayang kepada kanak-kanak ini begitu juga dengan anakku yang lelaki. Alhamdulillah aku memanjatkan syukur kepada Allah. Ku bawa kanak-kanak ini ke rumah mertuaku, berjumpa dengan keluarga sebelah suamiku dan mertuaku juga kelihatan gembira, begitu juga dari sebelah pihakku. Riuh sekampung aku dengan kegembiraanku ini.
Pagi tadi aku segera menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan aku mahu mengetahui cara bagaimana mengambil hak penjagaan anak angkat. Lega hatiku dengan segala keterangan yang diberi. Rupanya cetek sungguh pengetahuanku tentang ini. Pada awalnya aku bercadang untuk mengambil anak ini dan memutuskan hubungan terus ibunya dan anaknya kerana aku bimbang nanti dia akan mengambil semula anaknya nanti dan aku pasti akan kehilangan kanak-kanak ini. Atas nasihat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, aku tidak berhak membuat begitu kerana hubungan antara ibu dan anak kandung tidak boleh diputuskan dan hukumnya berdosa besar. Insaf aku dengan nasihat pegawai yang bertugas.
Lantaran itu aku membuat keputusan untuk mengambil juga kanak-kanak ini sebagai anak peliharaanku dan membenarkan ibunya berjumpa dengan kanak-kanak ini kerana hubungan antara ibu kandung dan anak sampai ke akhirat, jadi aku cuma menjadi ibu peliharaan baginya saja dan segala makan pakai, persekolahan, perubatan, keselamatan dan segalanya adalah di dalam tanggunganku dan ku anggap semua ini adalah amal jariah ku kepada ibu tunggal itu dan jika diiizinkan aku memeliharanya ibunya boleh datang pada bila-bila masa menjengoknya. Kasih ibu sampai ke syurga kasih ibu kandung di dunia saja dan aku kena akur dengan fitrah ini. Cuma aku memohon pada Allah aku diberi kekuatan dan ketabahan dalam memelihara kanak-kanak ini dengan penuh kasih sayang dan keimanan.
Hadirnya Alessya Sofea dalam keluarga kami adalah satu anugerah yang tak terhingga bagiku, suami dan anak-anakku. Semoga Allah memberi keizinan untuk aku memelihara anak kecil ini dengan penuh kasih sayang jiwa dan ragaku. Amin...........

3 comments:

  1. askm zura,

    Rupa2nya inilah maksud zura bakal menjadi ibu tu ..Ya Allah, akak mati2 ingat lain...tahniah juga sebab dapat menambahkan ahli dlm keluarga tambahan anak yg perlukan kasih sayang dan perhatian emosi dan lahiriahnya...Sebenarnya akak tak sempat langsung nak masuk blog sejak 1 minggu ni ...Komen2 kat blog akak pun tak boleh nak balas semua sekali..masa terhad sgt nii sbb byk benda nak kena settle..Apapun zura, akak smpt singgah blog zura pagi tadi roti bludel tu..marbeles..masa akak masak dulu pun jadi macam tu..berbalik pada anak baru ni..bestnya dapat ..akak dan suami pun ada hati nak ambk anak angkat sebab mat gebu akak tu sorang2 je dah kat rumah...tapi susah juga nak buat keputusan ..samaada nak ambk baby atau besar mcm zura ni..Kalau ada juge nak bagi ..Tapi akak lebih berminat ambk dah besar mcm zura ni..Harap2 dimakbulkan.. Ok Zura ...harap anak2 dpt terima dgn baik Sofea tu ..masalah akan timbul juga nanti terutama emosi anak2 kita..Apapun semua boleh diatasi dengan berdoa dan berusaha..Ok lainkali kita chat ttg ni..ni nak kena pi keluar semula ..ok Zura semoga hidup Zura diberkatiNya....Amin

    ReplyDelete
  2. salam kak zura..
    aduhhhhh..tertinggal ketapi saya nie akak..sejuta maaf sebab dah lama tak chat ngan akak..walaupun kita bz, akak tetap dalam ingatan..
    begitu mulianya hatimu akak..sanggup mengambil anak angkat..sofea begitu comeyy sekali..moga2 akak & abang zul pandai membahagikan kasih..agar kedua2 belah pihak tak berkecil hati..saya yakin..akak mampun melakukannya sebaik mungkin..saya juga berdoa moga segala jasa & pergorbanan akak terhadap sofea dibalas dengan pahala & mendapat ganjaran di akhirat..
    insyaAllah, kalau saya sampai ke rumah akak, pasti saya akan berjumpa dengan si cilik sofea yg comeyy nie..muda setahun dari si faris kan..peluk cium dari auntie yatt..mmmuahhhhhh..

    ReplyDelete
  3. salam kak zuraaa..
    Jika yatt tertinggal keretapi, saya lagi teruk, tertinggal sampan ..hahaha, bila baca kesah akak ni, ya allah terharu ada, rasa bangga pun ada. Keputusan yang akak buat tu bukan mudah, kena betul2 berfikir secara matang, pro dan kontranya juga, tapi mungkin sudah ketentuan illahi bahawasanya anak semurni Sofea akan mendapat "keluarga" semulia keluarga kak zura ni..Moga Allah swt memberkati kehidupan akak sekeluarga.....saya doakan yang terbaik..

    ReplyDelete

Sembang Kenal