Tuesday, April 6, 2010

Herb Stuffing Roast Chicken







Memasak makanan kegemaran keluarga adalah satu kebahagiaan buat seorang ibu apabila anak-anak amat menghargainya. Hilang segala lelah dan penat apabila hidangan yang dihidangkan dapat dinikmati sepuasnya oleh keluarga tersayang..... dan itu adalah hadiah yang amat berharga bagi seorang ibu.

Ayam roast bersama mashed potato merupakan hidangan kegemaran kedua anakku dan suami serta ibuku. Dua ekor ayam sekali makan sudah cukup mengenyangkan mereka. Akupun suka masak masakan ini kerana mudah dan menjimatkan tenaga.












Pelbagai roast chicken yang boleh kita cuba untuk keluarga tersayang dan pelbagai jenis yang telah aku cuba. Disini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan, Roast Chicken yang amat mudah dan ringkas.






Herb Stuffing Roast Chicken









1 sudu besar thyme
1 sudu besar oregano
1 sudu besar sage
1 sudu besar black pepper
garam secukupnya
susu segar secukupnya
roti secukupnya
butter secukupnya

Butter yang telah dicairkan secukupnya (campur kesemua bahan ini didalam butter yang telah dicairkan dan tuang susu segar)


Masukkan roti sehingga bahan ini menyerap dan lipat 4 roti tersebut



Sumbatkan roti ke dalam perut ayam yang telah dicuci dan dilap dengan kitchen towel lalu dijahit kemas



lebihan herba tadi kita masukkan ke dalam kulit ayam keseluruhannya bersama beberapa ulas bawang putih. perap selama 1 jam

Ayam yang telah disumbat dengan roti hendaklah dijahit kemas dan diikat kaki dan kepaknya bakar sehingga ayam masak



Hidangkan ayam bersama sayur-sayuran dan tuangkan gravy keatas ayam



Ayam roast ini sedap dihidangkan bersama mashed potato dan sayuran dan hidangkan panas-panas untuk dinikmati bersama keluarga tersayang


2 comments:

  1. salam, zuraa....

    sedapppppnyaaaaaa.....
    macxam senang je bahan2nya tu...bakar dlm oven tu letak je dalam dulang hitam itu....masak elok ke zura...kawan2 akak ajak buat resepi ayam zura ni pulak...nak tergelak pun ade ..sebab asal buka je blog zura mesti terliur akak ni...smpai mashed patota tu pun sedap sangat nampaknya...tq zura...(teringat pulak kat kawan akak yg dah pergi ahad lepas tu)

    ReplyDelete
  2. Wsalam kak nor

    senang aje kak buatnya. cubalah kak sedap tau. nilah resepi yg akak mintakkemarin saya da tepek.

    ReplyDelete

Sembang Kenal