Sunday, May 23, 2010

Nasi Buryani Mandhy








Rasa macam dah lama tak update blog. Sejak berpindah blog ni rasa macam malas aje nak blogging. Bukan apa nak handle 3 bloog sekali, bukanlah aku ada banyak masa. Kat rumah macam-macam pulak nak dibuatnya walaupun ada yg menolong tetapi untuk mengadap depan pc ni rasa macam malas jek sejak-sejak ni. Ingatkan weekend nak kemas rumah tapi hubby ajak jalan-jalanlah pulak dengan anak-anak. Anne nak mencari walkman MP3 dia. Dah janji dengan papanya dapat no 1 akan dapat hadiah. So ipod tuh bolehlah adik yang dapat ya. Aku pulak survey handphone terlanjur ada yang dah offer nak belikan. Cuma aku tengah pikir samada nak cari yang macamana. Hubby kata beli all in 1 supaya senang katanya. Tengoklah dua tiga hari lagi nanti. Macam tak ada mood nak buat pemilihan sebab kepala aku sakit sangat masa tuh.
Lepas belikan kakak apa yang diidamkannya terus ke pasar. Apa lagi beli untuk memasak pada ahadnya. hubby kata dia nak makan buryani mandhy. Lama sungguh aku tak buat nasi ni. Adalah agaknya dalam 7-8 tahun. macam-macam yang nak dimakannya. Aku pun tak kisah dan lama dapurku tak berasap masakan yang agak special. Sebenarnya dah berapa kali hubby mention nak makan nasi ni. Ehehehee baru ni aku buat. Nasib baik dia mengidam nak makan buryani mandhy, kalau dia mengidam nak makan buryani gam parah aku!






Nasi Buryani Mandhy


4 cawan beras basmathi
5 1/2 cawan air (dari stok chicken yg dibuat sendiri lebih baik)
1 labu bawang besar dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
halia sebesar ibu jari dihiris seperti lidi mancis
1 biji tomato yg saiz besar didadu (buang bijinya)
1/2 mangkuk kismis
3 kuntum bunga cengkeh
2 kuntum bunga lawang
1 jari kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
sedikit bunga safron (rendam dengan sedikit air mawar)
garam secukup rasa
minyak sapi secukupnya
Beras dicuci dan toskan airnya. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah penumis iaitu bunga lawang, cengkeh, kayu manis dan pelaga sehingga naik bau dengan minyak sapi. Kemudian masukkan kismis dan goreng sebentar barulah dimasukkan beras dan garam lalu kacau rata. Masukkan stok ayam dan tutup periuk. Bila nasi telah hampir tanak renjiskan safron. Gembur nasi dan biarkan tanak.
Nasi mandhy ini sedap dimakan bersama dengan ayam mandhy, salad dan raita.
Aku suka semalam tengok anak-anak makan dengan seleranya. Hilang penat memasak. Hubbypun senyum lebar.

2 comments:

  1. zura,
    untunglah hubby u tu dapat makan idaman hati..pelik2 pulak tu hihiiii..kalau akk surrender je...nasi beriyani ni mmg akk tak pernah tgk pun sebelum ni....sedap bangat ni..aduhai kalau dekat boleh juge akk ni ngendeng2 kat zura....

    ReplyDelete
  2. Salam kak Nor.....


    ha untung tau kak...hahaha berbaloi2... ceh perasan sungguh saya ni. nasi buryani ni femes kat Arab. Ianya dikenali juga sebagai nasi Hadratulmaut. Ringkas dan mudah. Kegemaran suami seisi kelaurga. Kalau dkt saya dah jemput akak sekeluarga dtg mkn sama2.

    ReplyDelete

Sembang Kenal