Tuesday, May 25, 2010

Ayam Mandhy Berempah



Inilah hidangan pada weekend yg lalu. Anak-anak suka, hubbypun suka...aku semua suka. Syukur diatas rezeki yang Allah beri selama ini. Begitu juga kudrat yg ada ni. Kalau tak ada kudrat macamana nak masak, kan..... Membuat ayam mandhy taklah payah mana. Senang dan simple jek. Rasa pun sedap. Anak-anak rasanya lupa yang mama dia pernah buat ayam ni, sebab masa buat ni masa diaorg kecik lagi. Tapi hubby memang suka sangat mandhy ni.

Ayam Mandhy Berempah Mandhy Spicy Chicken

bahan untuk memerap ayam :-
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil kunyit kering
(bahan diatas ini hendaklah dikisar halus)
1 biji lemon dibelah-belah
2 labu bawang besar dipotong gelang
sedikit saffron
rempah mandhy secukupnya



rempah mandhy :-

1 sudu kecil buah pala
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar bunga cengkih
1 sudu besar halia kering
4 helai daun bay (daun salam)
(Kisar semua bahan ini)
rempah diatas ini semua boleh didapati dalam bentuks erbuk tapi aku suka sangat membuatnya sendiri kerana selepas kita goreng dan kisar atau tumbubk aromanya akan naik. Wahhhhh... sermerbak gitu.


Lumurkan rempah-rempah kisar tadi pada ayam dan peraplah dalam lebihkurang 2 jam. Selepas itu susun dia ats tray pembakar dan taburkan bawang yang dihiris gelang dan juga lemon. bakar pada suhu 200 darjah sehingga masak.




Ayam mandhy berempah ini sedap dimakan bersama nasi buryani mandy dan sila rujuk kepada resepi buryani mandhy di sini.


2 comments:

  1. askm zura,

    bestnya ayam mandhy ni..mesti aroma ni semerbak ...akak mesti cube ni sebab bab2 ayam bakar ni memang laku kalau anak2 makan..apapun zura set pinggan tu yg mencuri perhatian...cantik sangat...ni set lama dah ke atau yg baru.. oh ya, ayam ni dibakar tidak mengeluarkan air ke?..akk tgk elok je kerignya tu...

    ReplyDelete
  2. wSALAM KAK NOR

    MEMANG SEDAP DAN SEMERBAK HARUM BAUNYA SE KAMPUNG...ACAH AJE SEKAMPUNG, SERUMAHLAH. CUBALAH KAK NOR. MESTI SEDAP. EHEHE...PINGGAN TUH DAH LAMA SAYA BELI THN 1997 DI UK. DESIGN LAMA TAPI DIBUAT SEMULA. AYAM TUH AIRNYA KERING DAN MOLEK SAJA MASAKNYA KAK.

    ReplyDelete

Sembang Kenal